9.20.2011

Drama Raya 1432 - Episod 3

2 Syawal
Pesawat yang aku naiki mula berlepas walaupun lambat beberapa minit dari waktu sebenar 0830. Aku kebingungan, mana tidaknya sebelum menaiki pesawat AK 5190 itu, aku telah buat panggilan ke keluarga ku. Mereka tidak ada di kota asalku. Kata ibuku mereka di kampung nenda ku. Nenda ku sakit. Tidak pula ku tahu bagaimana sakitnya. Sesampainya di Lapangan Terbang Sibu, aku buat panggilan ke temanku, Yusuf. Teman sekerja ku dulu yang kini menjadi temanku setiap kali aku pulang. Menurutnya dia akan ke Nyabor beberapa hari. Aku patah hati. Mungkinkah aku akan tidur di sini malam ini. Aku menghubungi Azrul, sahabat ku yang aku kenali ketika aku banyak menghabiskan masa di rumah Yusuf dan adik-beradik. Azrul sudi membawaku bermalam semalam di rumahnya. Timbul kelegaan dari benak hati ku. Terima kasih Azrul.

Bunga Yang Menanti Mati


Saat ku berlari menikmati alam ciptaan ilahi,
Bunga-bunga ini menarik perhatian ku,
Mereka sangat cantik,
Tapi mereka akan mati,
Cuma ada beberapa jam lagi,
Adakah mereka bergembira atau berduka sekarang?
Tidak!
Mana mungkin bunga cantik ini ada hati seperti aku
Tetapi tempat aku mungkin seperti bunga ini

9.19.2011

Cirit Birit Syawal

Aduh!
Aku hilang imuniti,
Ia datang tanpa ku duga,
Sungguh cepat ia kali ini,

Apakah puncanya,
Adakah cuaca yang sering berganti?
Adakah apa yang aku masukkan ke tubuh ini?
Ataupun adakah sekadar menguji luka yang sudah aku hidapi?

Hati ku kuat berkata,
Ini adalah lebihan gas,
Gas-gas yang bertindak balas,
Lalu menguatkan lagi kandungan gas yang sedia ada,

Syukur ke Dia,
Sekali lagi aku merasa nikmat-Mu,
Nikmat sembuh dari sakit,
Inilah cirit-birit Syawal 1432.

9.09.2011

Drama Raya 1432 - Episod 2

1 Syawal 1432
Aku bangkit dari tidur saat tadbir aidilfiri bergema dari corong-corong pembesar suara masjid-masjid. Aku hiaskan diri dengan baju melayu hijau muda dan bersolat sunat aidilfitri. Hari ini tiada lemang, tiada ketupat, tiada rendang, dan tiada daging masak hitam masakan ibuku. Hari ini cuma segelas air sirap untuk ku. Sorenya, aku bertandang ke rumah cikgu ku. Cikgu Jo yang memberi aku ilmu duniawi dan ukhrawi, memberi aku semangat, memberi aku harapan. Aku minta diri ketika maghrib semakin mendekat. Aku pulang ke rumah untuk mengambil tas ku dan terus ke lapangan terbang. Malam itu aku tidur berembun di situ setelah dihalau dari surau di situ oleh seorang yang aku yakin bukanlah seorang warganegara Malaysia.

Drama Raya 1432 - Episod 1

29 Ramadhan 1432
Rumahku sepi. Kota ini mula sepi. Selepas selesai salam subuh ku, aku hantar cik tako tako ke terminal transit sebelum dia ke negara singa dan kemudian tanah besar china. Jauh benar pasangan hati ini. Semakin jauh semakin sakit ia. Hari ini ramadhan terakhir untuk tahun ini, puasa ramadhan terakhir aku tahun ini. Takbir pun berkumandang menandakan Syawal sudah sedia membuka tirainya. Aku masih sendirian di blok C ini.

8.29.2011

Nasi Kukus Ayam Dara

Sore 27 Ramadan 1432,
Saat warga kota pulang ke desa,
Saat manusia pulang dari kerja,
Saat menunggu waktu berbuka,
Aku menunggu nasi kukus ayam dara,

Sore 27 Ogos 2011,
Dua hati bertemu,
Di Jalan Kolam Hati,
Tempat hati-hati berkumpul,
Berkongsi cerita suka dan duka,

Sore 27 Ramadan 1432,
Cerita sepurnama disimpulkan,
Ciptaan tuhan penyeri cerita,
Lalu pak bilal melaungkan azan,
Masuknya ayam dara ke dalam dua hati.

8.25.2011

Berharap

Harapan diberi
Aku terbang
Memasang impian

Harapan musnah
Aku terbang tanpa kepak
Melupakan impian

Harapan diberi lagi
Aku terbang tanpa kepak
Adakah punya impian?